Wednesday, December 31, 2008

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1430.....SELAMAT TAHUN BARU 2009

Sempena Menyambut Tahun Baru Maal Hijrah dan Tahun Baru Masehi, kepada kepimpinan, ahli-ahli akar umbi dan pendukung keADILan, marilah kita merapatkan saf, memperkukuhkan ukhwah, mengembeling tenaga, dan mengungkap semua pandangan agar lebih kukuh dan jitu untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.

Kita mestilah komited untuk membentuk masyarakat madani, ekonomi yang mampan dan adil serta sistem demokrasi yang menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia. Janganlah sia-siakan harapan rakyat yang inginkan perubahan. Tiada rakyat yang memilih, tiadalah kepimpinan sekarang.

Ingatlah, kepada kepimpinan di lima buah negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, ALLAH sedang menguji kamu, dengan kemenangan pada pilihanraya lepas. Tunaikanlah tanggungjawab sebagai pemimpin dengan penuh tanggungjawab dan amanah dalam menjalankan tugas kepada rakyat. Jangan kita alpa dengan keduniaan, nanti kita rugi di akhirat kelak.

Untuk renungan bersama :

Khalifah yang pertama, Sayyidina Abu Bakar berkata dalam pidatonya yang pertama, "Wahai semua manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kalian, padahal aku bukanlah orang yang terbaik dari kalian. Jika kalian melihat aku berada di atas kebenaran, maka tolonglah aku, dan jika kalian melihat aku berada di atas kebatilan, maka luruskanlah aku. Taatlah kepada ku selagi aku takut kepada Allah di tengah kalian, dan jika aku derhaka kepadaNya, maka tidak ada kewajiban bagi kalian untuk taat kepada ku".

Dari Mu'awiyah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sepeninggalku akan muncul para pemimpin yang berkata dan perkataannya tidak boleh dibantah. Mereka melompat-lompat seperti kera-kera yang suka melompat-lompat".

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU.....

SALAM REFORMASI

MEMBUJUR LALU, MELINTANG PATAH.....

Monday, December 29, 2008

NEGERI SELANGOR YANG KU SAYANGI

Sekalong tahniah diucapkan kepada MP Kapar. Berani kerana benar. Saya harap MP Kapar tidak akan meletakkan jawatan MPT mahupun Timb. Perhubungan Negeri Selangor.

Teruskan perjuangan kerana 10 tahun kita pernah menongkah arus. Banyak rintangan dan halangan yang pernah dilalui sehingga kita berjaya mencapai kemenangan. Kalau Takut Dengan Risiko, Usah bicara Soal Perjuangan.

Kepada MB Selangor masih ingat lagi kata- kata MB semasa pilihanraya kecil di Ijok. Susah Senang Kita Bersama. Saya harap selesaikan masalah ini dengan baik. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Perjalanan masih jauh, jangan kecewakan harapan rakyat yang telah memberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat. Kalau begini lah ceritanya tiada bezanya antara Pakatan Rakyat dengan UMNO Barisan Nasional.

Kami tidak mahu ada pihak-pihak tertentu yang akan menangguk di air keruh. Fikir-fikirkanlah buang yang keruh , ambil yang jernih. Selesaikan kemelut ini dengan hati yang terbuka, penuh rasa hormat-menghormati dan dengan rasa kasih sayang. Kalau kemelut ini masih lagi berpanjangan, jangan harap pilihanraya yang ke 13, rakyat akan menyokong Pakatan Rakyat.


Perjuangan Masih Belum Selesai, Membujur Lalu, Melintang Patah,

Wednesday, December 24, 2008

Perlantikan Pengerusi-Pengerusi Perhubungan Negeri Baru

Perlantikan Pengerusi-Pengerusi Perhubungan Negeri Baru PDF Emel
23 Disember 2008
Parti Keadilan Rakyat semalam telah memutuskan untuk merombak serta melantik barisan pimpinan Pengerusi Perhubungan Negeri yang baru . Keputusan tersebut dicapai oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi selepas bermesyuarat di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat. Rombakan serta lantikan ini bertujuan memacu serta memperhebatkan jentera parti bagi memastikan agenda perubahan dapat dilaksanakan. Majlis Pimpinan Tertinggi juga secara sebulat suara memutuskan untuk melantik Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri bagi negeri Sabah dan Sarawak. Keputusan tersebut dicapai setelah mempertimbangkan sokongan yang kini semakin nyata terhadap PKR, terutamanya selepas keputusan Pilihanraya Umum ke-12 dan pembentukan gagasan Pakatan Rakyat. Menyedari bahawa kebajikan rakyat negeri Sabah dan Sarawak telah lama diabaikan oleh kerajaan Barisan Nasional, pemilihan Dato’ Seri Anwar sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri adalah tepat bagi memastikan berlakunya perubahan mendasar serta menunjukkan komitmen tuntas PKR di dalam memperjuangkan agenda rakyat keseluruhannya; dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak.

Agenda untuk melakukan perubahan di Sabah dan Sarawak memerlukan dokongan dan sokongan dari segenap lapisan masyarakat. Manakala Sarawak dijangka akan mengadakan pilihanraya negerinya dalam masa terdekat, perlantikan Dato Seri Anwar sebagai Pengerusi Perhubungan kedua-dua negeri tersebut menjustifikasikan keprihatianan kami terhadap permasalahan di sana serta amat signifikan dalam transisi peralihan kuasa Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Kami percaya mereka yang terpilih untuk menjawat jawatan-jawatan tersebut akan memikul amanah sedaya mungkin dan seterusnya menjalankan tugas dengan rasa penuh tanggungjawab. Tahniah kami ucapkan di atas perlantikan saudara/i sekalian.

Saya selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada mantan Pengerusi-Pengerusi Perhubungan Negeri yang telah pun menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Jasa mereka pasti dikenang dan tidak akan dilupakan.

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Parti Keadilan Rakyat

Bersama ini adalah nama-nama Pengerusi Perhubungan Negeri yang diputuskan oleh Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi yang diadakan pada 18hb Disember 2008:

1. Pahang - Dato’ Fauzi Abd Rahman
2. Pulau Pinang - YB Dato’ Zahrain Mohamed Hashim
3. Negeri Sembilan - YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas
4. Selangor/Wilayah Persekutuan- YB Tan Sri Dato’ Abd Khalid bin Ibrahim
5. Sabah/Sarawak - YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
6. Kedah - YB Tuan Haji Ahmad bin Kassim
7. Kelantan - YB Ab Aziz Ab Kadir
8. Perlis - Johari bin Shafie
9. Melaka - Khalid Jaafar
10. Johor - Dr. Zaliha Mustaffa
11. Perak - Osman Abdul Rahman
12. Terengganu - Wan Rahim bin Wan Hamzah

Komen :

Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah dilantik. Sesungguhnya perlantikan ini satu
amanah yang amat besar yang perlukan pengorbanan. Kepada mereka yang baru dilantik
jalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Rajin-ranajinlah turun padang lihat anak-
anak buah di bawah. Perjuangan masih belum selesai kerana rakyat sentiasa memerhatikan
mana yang baik dan yang buruk.

Thursday, December 18, 2008

MB kecewa, JKR enggan serah laporan Bkt A'bangsa


Jimadie Shah Othman | Dec 18, 08 5:11pm

kemaskini 8:29pm Jabatan Kerja Raya (JKR) enggan menyerahkan laporan geoteknikal kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dua minggu lalu kepada kerajaan Selangor.

Tindakan jabatan itu menyebabkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim gagal mengumumkan tindakan selanjutnya kerajaan negeri, yang dijadual diumumkan pagi esok kepada penduduk.

Selepas mesyuarat exco semalam, beliau berkata kerajaan Selangor sedang menunggu laporan status keselamatan tanah di sekitar kawasan tragedi 6 Disember lalu daripada JKR dan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram).

bukit anatarabangsa landslide pdrm aerial photographs 101208 03Laporan siasatan Ikram juga tidak diserahkan kepada kerajaan negeri yang kini dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

JKR memaklumkan keputusan itu kepada kerajaan negeri tengah hari tadi, kata sumber-sumber kepada Malaysiakini.

Jabatan itu bagaimanapun tidak memberikan alasan terperinci berhubung keengganannya itu.

JKR sebaliknya hanya memaklumkan "terlalu banyak implikasi" sekiranya salinan laporan itu diserahkan kepada Selangor.

Malaysiakini difahamkan menteri besar kecewa dengan komitmen itu yang disifatkannya "mengelirukan".

Menurut sumber-sumber, JKR pada Ahad lepas telah berjanji akan menyerahkannya.

landslide bukit antarabangsa carDalam dialog menteri besar, JKR dan penduduk Bukit Antarabangsa, jabatan itu dilaporkan telah berjanji menyerahkan laporan tersebut supaya tindakan susulan boleh diambil oleh kerajaan negeri.

Sumber-sumber memberitahu, Menteri Kerja Raya akan mengumumkan laporan itu esok selepas ia dibentangkan kepada jemaah menteri.

Dalam satu kenyataannya lewat petang ini, Abdul Khalid berharap agensi-agensi kerajaan "bersikap lebih profesional" dalam menangani tragedi itu.

"Umum sudah tahu, hal-hal pengurusan tanah terletak di bawah kuasa kerajaan negeri.

"Oleh itu, membelakangkan pihak kerajaan negeri hanya akan merugikan mangsa kejadian tanah runtuh," katanya.

Tambahnya, keputusan JKR ini amat dikesali kerana ia akan menyulitkan lagi usaha kerajaan negeri membuat keputusan berhubung nasib mangsa tragedi ini dengan secepat mungkin.

Bagaimanapun, tambah Abdul Khalid, beliau akan tetap mengumumkan langkah-langkah perlu bagi pihak negeri sebaik sahaja menerima laporan tragedi itu selepas kementerian berbuat demikian.

elizabeth wong bukit antarabangsa landslide pc 091208 02Sementara itu, exco pelancongan negeri Elizabeth Wong berkata, kerajaan Selangor dimaklumkan bahawa terdapat arahan daripada Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed agar laporan berkenaan tidak dikongsikan dengan kerajaan negeri.

Beliau mempertikaikan sikap kementerian berkenaan yang beranggapan "laporan itu hanya untuk tatapan" Mohd Zin sahaja kerana "kajiannya ditaja oleh kerajaan persekutuan."

Selangor pula hanya dibenarkan melihatnya selepas diumumkan, tambah Elizabeth.

"Saya dapati sikap ini meloyakan dan sangat-sangat berat sebelah," katanya dalam satu kenyataan.

"Saya mendesak menteri kerja raya mengeluarkan laporan kepada kerajaan Selangor tanpa bertangguh lagi.

"Oleh itu, kita mempunyai cukup masa untuk mengkajinya dan menunaikan janji-janji kepada penduduk Bukit Antarabangsa."

Empat nyawa terkorban dan 14 banglo ranap dalam tragedi awal pagi Sabtu itu.