Saturday, January 17, 2009

PENGUNDIAN BERMULA 8:00 PAGI...


[DIKEMAS KINI, 8.50 PAGI] KUALA TERENGGANU: Hampir 80,000 warga Kuala Terengganu mula melangkah ke pusat-pusat mengundi untuk memilih ahli Parlimen yang baru pagi ini.

Proses pengundian bermula pukul 8 pagi ini dan akan ditutup pukul 5 petang.

Pilihan raya kecil ini yang dilihat sengit dan disifatkan sebagai sangat penting untuk Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat menyaksikan persaingan tiga penjuru.

Persaingan itu membabitkan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dari BN, Mohd. Abdul Wahid Endut (PAS) dan Azharudin Mamat @ Adam (Bebas).

Daripada 80,229 pemilih yang layak mengundi kali ini, seramai 1,035 merupakan pengundi pos di mana kira-kira 96 peratus telah pun mengundi.

Lebih 88 peratus atau 70,834 pengundi di bahagian ini adalah Melayu, 8,735 atau 10.89 peratus pengundi Cina, 518 atau 0.65 peratus pengundi India dan 142 atau 0.18 peratus pengundi lain.

Calon BN, Wan Ahmad Farid akan mengundi di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar manakala calon PAS, Mohd. Abdul Wahid mengundi di Sekolah Kebangsaan Cabang Tiga.

Wan Ahmad Farid ketika dihubungi pada pukul 7.45 pagi ini selepas menziarahi pusara ibubapanya dengan diiringi isterinya, Datin Intan Baizura Abdul Wahab di Masjid Raja Bukit Besar berkata beliau yakin penyokong-penyokongnya akan keluar mengundi seramai yang mungkin.

"Yang penting mereka mengundi untuk BN," katanya.

Beliau kemudian menuju ke pusat pengundian yang terletak beberapa meter dari masjid tersebut.

Dalam pada itu, Mohd Abdul Wahid ketika dihubungi mStar Online berkata, sokongan untuk PAS dan Pakatan Rakyat memberangsangkan namun bagaimanapun beliau menyerahkan kepada pengundi-pengundi untuk membuat keputusan.

"Saya gembira dengan sokongan yang mereka berikan kepada saya, dan saya harap ia akan diterjemahkan dalam bentuk undi," katanya.

Bagaimanapun Azharudin tidak mebgundi di Bahagian Kuala Terengganu kali ini.

Beliau mendaftar sebagai pengundi luar Kuala Terenggani.

Wan Ahmad Farid memasukkan kertas undi tepat pada pukul 8.07 minit pagi.

"Saya gembira," kata beliau ketika ditanya perasaannya sejurus selepas keluar dari Saluran Tiga, tempat beliau mengundi.

Dalam pada itu, Mohd Abdul Wahid merupakan pengundi pertama mengundi di Saluran Tiga Sekolah Rendah Kebangsaan Cabang Tiga.

"Saya berharap pengundi matang dan mereka akan memberikan saya peluang (menjadi ahli Parlimen).

"Saya bekerja untuk menang... menang atau kalah kita tunggu sehingga petang," katanya ketika ditemui selepas mengundi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam diiringi oleh isterinya, Wan Fatimah Wan Abdullah.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, proses pengundian setengah jam pertama berjalan dengan lancar.

"Laporan awal menunjukkan tiada sebarnag masalah sepanjang setengah jam selepas proses pengundian dibuka," kata beliau ketika dihubungi sebentar tadi.

SELAMAT MENGUNDI KEPADA RAKYAT KUALA TERENGGANU



KERAJAAN DIPILIH OLEH RAKYAT UNTUK RAKYAT.....

BUKAN UNTUK MENYUSAHKAN ATAU MENIPU RAKYAT.....

Thursday, January 8, 2009

SATU UNDI DI K.TRENGGANU BERNILAI RM500

Di bawah ini diperturunkan petikan berita dari Bharian Online. Nak percaya pun tak apa, tak percaya pun tak apa. Masing-masing ada pengalaman yang berbeda tentang isu sogok menyogok ini. Seperti pemilihan UMNO dulu juga, Tengku Ahmad Rithaudeen kata beliau menerima 900 aduan tentang rasuah politik pemimpin-pemimpin UMNO. Terpulanglah sama ada kita nak percyaa atau tidak dengan apa yang dikatakan oleh veteran UMNO itu. Cuma kadang-kadang teringat, jika bertanding sesama sendiri pun sanggup suap, ini bertanding dengan parti lawan tak sanggup suap pula ke?

Petikan Bharian Online:

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said menafikan dakwaan kononnya ada anggota Barisan Nasional (BN) yang mengumpul kad pengenalan pengundi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu untuk diberikan wang sebanyak RM500 setiap seorang.

Beliau yang juga Pengerusi BN negeri berkata, dakwaan berkenaan tidak berasas dan sengaja ditimbulkan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi memburukkan parti berkenaan.

“Sehingga kini, saya tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut. Kalau bagi RM500 seorang, berapa banyak wang yang perlu dikeluarkan? Dakwaan itu langsung tidak masuk akal,” katanya selepas menutup seminar ke arah penubuhan Yayasan Masjid Malaysia di sini hari ini.

DENDAM DAN PEMBANGUNAN UMNO YANG TAK PERNAH DILIHAT

pengundi kuala terengganu perlu bijak menilai parti dan calon..benarkah umno pejuang melayu..kalau benar mengapa punya dendam yang begitu hebat..tatkala pas emerintah terengganu dulu sehinggakan duit royalti minyakpun di tarik balik walhal ia hak kerajaan terengganu..dan ini menyebabkan kerajaan mengalami masalah kewangan dan menyusahkan rakyat

parti apakah yang suka berdendam ini..sanggupkah kehidupan kita kita kawalkan kepada manusia yang pendendam ini..sila lah pikirkan teman semua..
Kuala terengganu, 7 Jan - Sejak mengambil alih pemerintahan daripada PAS pada tahun 2004,Dato Mustafa Ali menyatakan bahawa, UMNO telah melakukan pembangunan yang tidak pernah di lihat sebelum ia diwujudkan. Dato Hj Mustafa Ali merujuk kepada projek-projek besar di Terengganu semenjak pemerintahan Idris Jusoh di Terengganu.

Beliau berkata, pembangunan mega seperti Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam dan Monsoon cup bukan keutamaan yang patut didahulukan. "Sebab kita ada masalah-masalah utama yang perlu diselesaikan menggunakan duit yang begitu banyak" ujar beliau.

Beliau membangkitkan masalah pengangguran yang tidak selesai, kemiskinan yang tidak selesai, walaupun Negeri Terengganu mendapat dana khas yang kedua tertinggi di Malaysia. Walaubagaimanapun merupakan negeri kedua termiskin selepas daripada Sabah.

Selain itu, masalah lain seperti rasuah dan rasa tidak puas hati dikalangan kakitangan kerajaan juga menjadi masalah kepada kerajaan Negeri Terengganu.

Beliau juga berkata dalam sidang media di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Ibai, bahawa perbezaan antara PAS dan UMNO umpama HAMAS dan FATAh di Palestin. Perbandingan ini kerana tindakan UMNO yang sering menindas PAS untuk kepentingan sendiri sedangkan UMNO dan PAS adalah seagama dan sebangsa. Dasar perjuangan PAS dan UMNO juga turut berbeza di mana, PAS memperjuangkan Islam sementara UMNO hanya untuk bangsa melayu.

Ketika PAS memerintah Negeri Terengganu, Kerajaan Persekutuan UMNO/BN telah menarik wang royalti sehingga menyebabkan kerajaan Negeri mengalami masalah kewangan.

Wednesday, January 7, 2009

DSAI mahu Kuala Terengganu percepat menuju Putrajaya

Rabu Januari 7, 2009KUALA TERENGGANU: Selepas dua sasaran untuk membentuk kerajaan persekutuan gagal, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan harapan itu hari ini dengan mengatakan bahawa "kemenangan di Kuala Terengganu" akan membantu mempercepatkan rancangan pihaknya bertapak di Putrajaya.

"Jangan selesa dengan kehadiran yang ramai (ketika ceramah perdana malam tadi dan ketika penamaan calon). Kita mahukan kemenangan yang lebih meyakinkan dan proses perjalanan ke Putrajaya dipercepatkan," kata beliau ketika berucap merasmikan Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu di sini, pagi ini.

Ia merupakan majlis kedua Anwar selepas berucap dalam ceramah perdana malam tadi.

Anwar meletakkan sasaran 16 September lalu sebagai tarikh awal untuk membentuk kerajaan pusat diterajui Pakatan Rakyat yang dibentuk selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Kemudian ia gagal menjadi kenyataan, beliau menjangkakan ia boleh dilakukan menjelang Hari Raya Aidiladha bulan lalu.

Anwar dipilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, menggantinya isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR.

Kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh juga bertumpu kepada aspek membentuk kerajaan baru dan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun ketika ditemui wartawan pada sidang media selepas majlis itu, Anwar berkata sasaran pihaknya itu bukan tidak menjadi, tetapi belum menjadi kenyataan.

Pun begitu, katanya, matlamat utama pihaknya sekarang ialah membolehkan penduduk Kuala Terengganu mempunyai seorang wakil rakyat yang boleh mewakili kepentingan rakyat, bukannya kepentingan diri dan kroni.

Barisan Nasional (BN) meletakkan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu manakala PAS, anggota komponen Pakatan Rakyat, menurunkan Mohd. Ahmad Wahid Endut manakala calon Bebas ialah Azharudin Mamat @ Adam.

Kempen bermula semalam selepas proses penamaan calon manakala pengundian pula diadakan 17 Januari.