Thursday, January 8, 2009

SATU UNDI DI K.TRENGGANU BERNILAI RM500

Di bawah ini diperturunkan petikan berita dari Bharian Online. Nak percaya pun tak apa, tak percaya pun tak apa. Masing-masing ada pengalaman yang berbeda tentang isu sogok menyogok ini. Seperti pemilihan UMNO dulu juga, Tengku Ahmad Rithaudeen kata beliau menerima 900 aduan tentang rasuah politik pemimpin-pemimpin UMNO. Terpulanglah sama ada kita nak percyaa atau tidak dengan apa yang dikatakan oleh veteran UMNO itu. Cuma kadang-kadang teringat, jika bertanding sesama sendiri pun sanggup suap, ini bertanding dengan parti lawan tak sanggup suap pula ke?

Petikan Bharian Online:

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said menafikan dakwaan kononnya ada anggota Barisan Nasional (BN) yang mengumpul kad pengenalan pengundi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu untuk diberikan wang sebanyak RM500 setiap seorang.

Beliau yang juga Pengerusi BN negeri berkata, dakwaan berkenaan tidak berasas dan sengaja ditimbulkan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi memburukkan parti berkenaan.

“Sehingga kini, saya tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut. Kalau bagi RM500 seorang, berapa banyak wang yang perlu dikeluarkan? Dakwaan itu langsung tidak masuk akal,” katanya selepas menutup seminar ke arah penubuhan Yayasan Masjid Malaysia di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment